(yes.. 4 hari lepas balik bandung ) aku dan kawan2 pula ke Vietnam kononnya shopping2 kain ler hehehe
Dapat pulak cheapskate (kaki kedekut) mcm kami ni mmg x banyak la shoppingnyer..
Tiket yg dibeli waktu promosi rm257 return flight tiket per person
Jadi kawan saya Ainis tempat melalui agoda dan dapat diskaun hotel di Ava Saigon Hotel.
SANGAT RECOMMENDED AVA SAIGON HOTEL :
.dekat dgn ben thanh
.depan k mart senang beli air mineral
.free laundry from head to toe.. Dia ambik pagi petang tu kau balik dah dilipat dah .
.free breakfast on bed makanan n minuman.
.ada penimbang beg
.orang hotel yg super peramah
.harga hotel murah (family room rm120 sorang rm40 semalam)
Masa hari pertama kami bertolak seawal 4 pagi ke Klia 2.. Punya kelam kabut aku sampai pakai baju terbalik la hahaha sampai airport baru sedar..
Berlepas pkl 7 pagi dan sampai pkl 9 pagi
Setibanya di airport aku beli simkad unlimited berharga 190 ribu dong bole bertahan seminggu..
Kami menaiki bus nombor 152 dari airport ke ben thanh market cas dikenakan 10ribu dong rm2.50 sebab bawak beg luggage..
Kalau bawak beg sekola je dikenakan 5 ribu dong
Perjalanan 30minit untuk tiba ke destinasi..
Hari pertama kami cuma ronda2 ben thanh dan booking tour awal2
1 day Mekong tour :11 usd (sila minta air kelapa dan bawa maggi cup dari malaysia)
Half day Chu Chi tour :6usd tidak termasuk tiket masuk
Things to eat there:
Phö Bhö (mee daging vietnam) dan air kopi susu vietnam
SANGAT2 DIGALAKKAN MEMBAWA DUIT RINGGIT DARI MALAYSIA untuk shopping sekitar lorong Malaysia... Kat mana lorong tu??? Satu lorong dgn Hajah Bashiroh lah.. Situ nak shopping telekung sulam mcm2 harga bergantung kpd design.. telekung lace berjalur rm27 dan kurung siap rm32 serta mencuba kopi susu 1 usd atau rm3 ringgit ..
Nampak tak untungnya disitu kalau bwk rm?? Currency malaysia 1 usd rm4 lebih kalau byr pakai rm jimattt
Makanan disana paling murah 65ribu dong
Minuman kami beli kat K mart tu je .. Beli air mineral jimattt 5 litre baru rm 5 .. Beli botol refill hari2
1 Day Tour Mekong River
.Naik bus ke sana
.Singgah di happy room (tandas bahasa dorang)
.naik bot besar
.naik pula kereta kuda
.jalan masuk ke kawasan perkampungan
.makan tengahhari (makan la maggi korang)
.tgk proses buat candy dodol
.naik bot lagi ke tempat memberi buaya makan dan bole kayuh basikal disana berhati2 kawasan berbasikal sempit
.naik bot ke mekong river utk naik sampan pula satu sampan 4 org disini kalau tak ckp kene campor dgn tourist yg lain.. Bagi kat dorang ni.. Hidup dorang susah ..
.naik keatas dan dijamu buah-buahan bersama teh tropika sambil mendengar persembahan org2 vietnam
.Balik dihantar ke hotel masing2
Half Day Tour Chu Chi Tunnel
.naik bus ke chu chi tunnel
.diberi penerangan dan presentation video perang vietnam dan strategi mereka.
.merasai sendiri masuk ke lubang persembubyian semetara
.masuk dan keluar tunnel sejauh 100m yg sempit sambil terbongkok dan merangkak..keluar je semua berpeluh mcm marathon .. Bkn kami je semua tourist yg lain..
.diterangkan mengenai cara memasak dibawah tanah,pakaian mereka dan jenis2 perangkap
.hari diakhiri dgn dijamu ubi kayu dan teh panas ..
Aku tuka 50 pound menjadi rm316
Rm100 tuka usd dpt 23 usd
Rm216 dpt 1 juta lebih dong
Total belanja semua:rm657 baki ada 15 ribu dong
Shopping:
satu kain pasang rm25
Satu telekung lycra design berjalur di bawah rm27
Satu tshirt hard rock ho chi minh kat malaysain street rm8
1 paket besar serbuk kopi vietnam 80ribu dong dan 1 paket instant kopi vietnam ada 50 packet 110 ribu dong
Since x bawak langsung rm maka terhutangla duit kat kawan2 yela nak balik Malaysia naik ktm dan KLIA EXPRESS mcm mana dok..
Summary: shopping di bandung lebih menarik banyak pilihan dan harga senang dirunding... Ataupon waktu ak pergi vietnam ni off-peak season so susah sikit nak dirunding
Niat dihati nak beli kasut sukan cantik2 rupanya mahal sangat rm100++ mintak kurang amboii liatnyaa
Mintak rm60 pon x bagi ciss jadi terus x beli....
Motor berpusu pusu |
bot yg kami naiki |
Naik kuda |
Perangkap menggunakan buluh |
Persembunyian kecil yg digunakan tentera askar vietnam |