Sunday, 13 September 2015

Jom ke Ho Chi Minh !

Pada 7 september hingga 10 september 2015 ..
(yes.. 4 hari lepas balik bandung ) aku dan kawan2 pula ke Vietnam kononnya shopping2 kain ler hehehe
Dapat pulak cheapskate (kaki kedekut) mcm kami ni mmg x banyak la shoppingnyer..

Tiket yg dibeli waktu promosi rm257 return flight tiket per person

Jadi kawan saya Ainis tempat melalui agoda dan dapat diskaun hotel di Ava Saigon Hotel.

SANGAT RECOMMENDED AVA SAIGON HOTEL :
.dekat dgn ben thanh
.depan k mart senang beli air mineral
.free laundry from head to toe.. Dia ambik pagi petang tu kau balik dah dilipat dah .
.free breakfast on bed makanan n minuman.
.ada penimbang beg
.orang hotel yg super peramah
.harga hotel murah (family room rm120 sorang rm40 semalam)

Masa hari pertama kami bertolak seawal 4 pagi ke Klia 2.. Punya kelam kabut aku sampai pakai baju terbalik la hahaha sampai airport baru sedar..

Berlepas pkl 7 pagi dan sampai pkl 9 pagi

Setibanya di airport aku beli simkad unlimited berharga 190 ribu dong bole bertahan seminggu..
Kami menaiki bus nombor 152 dari airport ke ben thanh market cas dikenakan 10ribu dong rm2.50 sebab bawak beg luggage..
Kalau bawak beg sekola je dikenakan 5 ribu dong
Perjalanan 30minit untuk tiba ke destinasi..

Hari pertama kami cuma ronda2 ben thanh dan booking tour awal2

1 day Mekong tour :11 usd (sila minta air kelapa dan bawa maggi cup dari malaysia)
Half day Chu Chi tour :6usd tidak termasuk tiket masuk

Things to eat there:
Phö Bhö (mee daging vietnam) dan air kopi susu vietnam

SANGAT2 DIGALAKKAN MEMBAWA DUIT RINGGIT DARI MALAYSIA untuk shopping sekitar lorong Malaysia... Kat mana lorong tu??? Satu lorong dgn Hajah Bashiroh lah.. Situ nak shopping telekung sulam mcm2 harga bergantung kpd design.. telekung lace berjalur rm27 dan kurung siap rm32 serta mencuba kopi susu 1 usd atau rm3 ringgit ..

Nampak tak untungnya disitu kalau bwk rm?? Currency malaysia 1 usd rm4 lebih kalau byr pakai rm jimattt

Makanan disana paling murah 65ribu dong
Minuman kami beli kat K mart tu je .. Beli air mineral jimattt 5 litre baru rm 5 .. Beli botol refill hari2

1 Day Tour Mekong River
.Naik bus ke sana
.Singgah di happy room (tandas bahasa dorang)
.naik bot besar
.naik pula kereta kuda
.jalan masuk ke kawasan perkampungan
.makan tengahhari (makan la maggi korang)
.tgk proses buat candy dodol
.naik bot lagi ke tempat memberi buaya makan dan bole kayuh basikal disana berhati2 kawasan berbasikal sempit
.naik bot ke mekong river utk naik sampan pula satu sampan 4 org disini kalau tak ckp kene campor dgn tourist yg lain.. Bagi  kat dorang ni.. Hidup dorang susah ..
.naik keatas dan dijamu buah-buahan bersama teh tropika sambil mendengar persembahan org2 vietnam
.Balik dihantar ke hotel masing2

Half Day Tour Chu Chi Tunnel
.naik bus ke chu chi tunnel
.diberi penerangan dan presentation video perang vietnam dan strategi mereka.
.merasai sendiri masuk ke lubang persembubyian semetara
.masuk dan keluar tunnel sejauh 100m yg sempit sambil terbongkok dan merangkak..keluar je semua berpeluh mcm marathon .. Bkn kami je semua tourist yg lain..
.diterangkan mengenai cara memasak dibawah tanah,pakaian mereka dan jenis2 perangkap
.hari diakhiri dgn dijamu ubi kayu dan teh panas ..

Aku tuka 50 pound menjadi rm316
Rm100 tuka usd dpt 23 usd
Rm216 dpt 1 juta lebih dong

Total belanja semua:rm657 baki ada 15 ribu dong

Shopping:
 satu kain pasang rm25
Satu telekung lycra design berjalur di bawah rm27
Satu tshirt hard rock ho chi minh kat malaysain street rm8
1 paket besar serbuk kopi vietnam 80ribu dong dan 1 paket instant kopi vietnam ada 50 packet 110 ribu dong

Since x bawak langsung rm maka terhutangla duit kat kawan2 yela nak balik Malaysia naik ktm dan KLIA EXPRESS mcm mana dok..

Summary: shopping di bandung lebih menarik banyak pilihan dan harga senang dirunding... Ataupon waktu ak pergi vietnam ni off-peak season so susah sikit nak dirunding

Niat dihati nak beli kasut sukan cantik2 rupanya mahal sangat rm100++ mintak kurang amboii liatnyaa
Mintak rm60 pon x bagi ciss jadi terus x beli....

Motor berpusu pusu 

bot yg kami naiki

Naik kuda

Perangkap menggunakan buluh

Persembunyian kecil yg digunakan tentera askar vietnam



Travel ke Bandung bersama keluarga 2015

Assalamualikum..
Entri ni pendek je nak cerita serba sedikit berkenaan trip meena ke Bandung ,Indonesia..

29 ogos sampai 2 september 2015 menaiki pesawat airasia.
Kiranya kami merayai hari merdeka di Indon la yer.. Hehehe

Matlamat utama adalah utk shopping and sightseeing

Ini adalah travel iternary kami


28/8/2015(Jumaat)
10.00pm - Depart from KLIA2.
11.30m - Bertolak ke Bandung.
29/8/2015 (Sabtu)
6.00am -Solat Subuh di Bandung.
-Check in -Hotel Orange Shariah(HOS)
- Tangkuban Parahu
- Lembang Floating Market
- Rumah Mode
-Aria Jean
30/8/2015 (Ahad)
- Kawah Putih
- Pasar Baru
31/8/2015 (Isnin)
-Check out HOS
- Gerak ke Jakarta
-Check in Orient Hotel Jakarta
- Masjid Istiqlal
1/9/2015 (Selasa)
8.00am-  Sarapan
9.00am- Kedai Abang
(Shopping)
1.00pm -Check out
- sambung shopping..
7.00pm - Airport JAKARTA...
9.00 pm - Depart to KLIA2
Tak termasuk tiket ke Tangkuban Parahu dll..
Anggaran belanja seorg :
1- Pengangkutan/Supir - RM150
2- Makan-minum - RM200.00
3-Tipping - RM20

Jumlah RM370.00
1.(Tak termasuk shopping)
2. Anggaran shj...mungkin kurang/lebih..

Airport tax sudah tidak dikenakan di Bandung sewaktu pulang ke tanah air sebab telah dicas sewaktu membeli tiket kapal terbang .. Sama juga dengan Medan .. Utk tempat lain mungkin sama juga cuma x pasti..
Kawah putih.. Pakai mask yer bau sangat kuat

Shopping telekung dan kebaya labuh di kedai abang

Pemandangan di tangkuban perahu

Bakso di floating market lembang


Bye bye✌

Sunday, 23 August 2015

Icity snowalk

Kelmarin pergi ke icity bawak sedara dari Penang jalan2

Entrance utk icity malam2 rm35..
Kalau pagi rm25..

Kami pilih malam sebab pagi2 jalan jalan tempat lain..

Feeling2 snow 


Friday, 21 August 2015

Projek semai cili tomato dan kacang panjang dirumah

Assalamualaikum
Sebenarnya minat menanam ni dah lama ada
Cuma lepas berkecimpung dalam fb jom tanam dirumah ni semangat terlebih
So ayah ada beli benih tu ...
Apa lagi suka la

Tanam dalam bekas telur sampai jadi anak pokok..
Lepas tu alihkan..

Dari bwh cili kacang panjang dan 🍅

Wednesday, 19 August 2015

Asean young professionals network photo competition

Assalamualikum saya menyertai peraduan
ASEAN young professionals network photo competition ni
Nak minta tlg like kan
Klik link dibawah yer dan like
Gamba penyertaan saya <<<< klik yer


Mana la nak tau rezeki saya dpt hadiah tu.
Rezeki allah siapa yg tau

Nanti saya update siapa yg akan menang selepas 30 ogos ni ..

Monday, 17 August 2015

Icity shah alam

Sebab kawan lama cuti sama kitorang plan nak jalan keluar ..
Ingat nak ke pangkor tapi x jadi last2 ke icity
Last time pergi form 4 kot..
Parking fee 3 jam kene baya rm3 dari pagi hingga pkl 6

Kitorang masuk trick art museum dengan house of horror je ..
Sekarang ni pakai kad utk segala aktiviti.
Paling murah rm15 utk entry attraction..
Total kami berbelanja disana rm30+ sorang ..
Brochure icity

Entrance masuk icity

Bergambar didlm trick art museum

Fatahya dalam house of horror


So overall pengalaman disini .. Keseronokan dirasai lebih2 berjalan dgn kawan ..




Pengalaman ke Medan last part

Harini kami bertolak dari berastagi ke medan ..
Otw bertolak tu ibarat mcm dari cameron ke KL bersimpang siur jalan dia..
Otw turun pak supir pak apri singgah sat kat kedai jagung ..  Satu jagung bakar atau rebus 5ribu rupiah

Sesampai di medan kami bertolak ke istana maimun untuk bergambar
Disana ada menyediakan pakej print gamba murah je dalam 7 ringgit size A3 ..
Sewa baju dalam 10ribu rp
Kalau nak bergambar sendiri pon boleh .. Tiada masalah..
Kami disana bergambar guna gopro..
Nampak sikit semua latar belakang ye dok..
Hehehe

Next kami gerak ke bakso popular di Medan .. Pak supir kata rupanya jalanan tapi rasanya kayak 5 star lebih kurang begitu la hehehe


Aku kawan makan di kedai bakso Amat

Kedai ni halal ye 

Berastagi-medan singgah makan jagung bakar manisss

 naik beca

Lepas tu kami singgah di pasar ikan di sini tak ada ikan tau.. Pasar ni jual cendera mata pakaian nak beli kebaya pon bole ..
Murah je .. Saya beli baju dia dalam rm50.

Tips: kat sini ada peniaga akan berjalan2 malah mengekori tourist hingga bole rasa rimas la.. Jangan bagi respon apa pon jangan pandang .. Bukan semua ye yg peniaga dikedai elok je..
Lepas tu kami check in hotel dan dinner ..

Keesokan pagi last day .. Naik beca baya 3ringgit sorang ke pasar ikan tu nak sambung shopping ..
Lepas tu kami balik and get ready utk balikkk..

Overall trip ini sangat memuaskan hati..

Tips: kalau ada plan ke Medan saya suggestkan pergi la ke lake toba dan berstagi dulu relax2 sebab medan ni dia hectic sikit .

Friday, 14 August 2015

Pengalaman ke Medan part 3

Assalamualaikum..

Harini semangat bangun awal pkl 5.30am nk jumpa org2 batak..
Sejarah org batak ni dahulunya makan org tapi sekarang x dah .. Kaum Batak ni bkn satu je tau ada banyak jenis kaum batak
Yg di samosir island ni batak toba..


Start dgn Breakfast at 7 and. Aku siap2 ready for check out
Lepas je breakfast bertolak dari hotel ke ferry at8.30am to samosir island utk blaja batak's culture
Arrived in pulau samosir at 9.30am
(persembahan kanak2 batak diatas jeti bersama anak2 batak berenang di tasik meminta wang)
Shopping souvenirs at pulau samosir (bole beli batik batak dalam 100 000rp sehelai kalau di medan 50000rp je.. fridge magnet 10 000rp kalau murah dpt 1 ringgit tshirt size s rm5size m rm 8 size l rm10 tapi rata2 disini kain baju tshirt dorang agak keras..
Lunch in restoran istana parapat
Stop minum2 pisang goreng dan teh halia (self expense) 3.30pm air mineralnya 10 ribu rp
Drive to sipisopiso waterfall 4pm
Stop self plucking oranges (cheaper than ready can eat there while plucking)
Drive to berastagi
Straight to rudang berastagi hotel and resort
Dinner (ikan siakap,ayam goreng,pucuk kobis,sayur,keropok udang) desert: buah tembikai dan buah betik

Esok pulak ke Medan masa utk beli souvenir hehehe

Bagi org batak cick tanda persahabatan dan buah dada tanda kesuburan

Bagi org batak lagi ramai anak lagi kaya.

Bergambar dengan selendang batak

Sesampai di pulau samosir alan nampak tugu ini

Sebelum sampai ke rumah batak ada gerai cenderahati 

Pengalaman ke Medan part 2

Assalamualaikum..
Klik di link bawah utk pengalaman ke Medan :
Part 1

Day 1
Malam itu kami akan bermalam di Parapat
Slpas pick up by pak apir supir at airport
Kami heading to parapat
Stop by at keropok stall (murah beli disini dari di kedai paten), lemang satu batang (13000rp) stall, dodol stall (selling all year long) (self expense)
Stop at paten shop selling snacks containing nuts .. (self expense) (price 25000rp)
Stop lunch at local restaurant panorama permatang siantar (medan cuisine)
Stop at lake toba taking pictures
Arrive in hotel atsari parapat (just infront of the lake) at 5.30pm
Total journey hours 4h30min from airport
View Lake toba di tepi jalan 

Kami bergambar bersama Pak Apri

Keadaan bilik kami sorang satu katil 

Bergambar sebagai kenangan dihadapan hotel Atsari 

Rest until 7pm (can spend some time riding boats in the lake or swimming at the swimming pool or even taking pictures around the hotel)
Dinner at 7pm (ikan siakap ayam udang...) and dessert while watching orang batak's performance even have poco2.

Dinner di hotel . makan ikan talapia lake toba 

kami dpt bilik no 17b

Malam2 selepas dinner ada persembahan dari org batak toba
Dorang siap nyanyi poco2

Aku mengabdikan kenangan dihadapan Lake Toba 



Malam tu tido dalam kekenyangan ..esoknya akan ke pulau samsir pula kawasan org2 batak .



Pengalaman ke Medan , Indonesia. Part 1



Assalamualaikum..
Pada 1 Aug 2015 saya , Im , Mak Im serta Linda bertolak ke klia2 menuju ke kualanamu airport,medan.
Flight yg kami pilih mestilah Airasia hehehe murah kan so dalam bajet kami la ..
Rege utk ak sorang 202.08 ok la..


Bertolak dari Rawang pkl 4 pagi huhuhu awal woo
Nasib excited so x rasa sgt.

Sesampai di sana beli la dua roti ikan bilis dan air botol utk lapik perut

Dan terus tunggu di terminal yg sepatutnya berlepas .

P/S : DTG AWAL KLIA2 NI BESAR JENUH NAK JALAN .KALAU LAMBAT JENUH..

Ini gamba yg Mak Im bagi dorang lambat 30min dari kami sesak terus nak masuk ke pintu terminal.

Kami menunggu di terminal p4 masa ni ramai rakyat Indonesia juga yg tengah tunggu flight dorang .. Dan ada juga org Malaysia dalam satu kumpulan serta warga asing yg lain.

Kalau travel di Medan ni kami pilih marimari.com 4d3n pakej ke lake toba -samosir-medan pakej utk 4 org cas dikenakan ialah rm 480 termasuk hotel makan transport entrance jeti etc . sangat2 recommended la pakej ni .. Memang berpuas hati . kami pilih shared tour punya .. Means dapat pak supir n satu kete dia bawak group kita je.. Ak dah gamble mula2 ingatkan dia nak campur ngan group lain.. Klik link kat bawah utk pakej tu.. Ni x de sponsor tau
Medan pakej shared tour medan-laketoba rd3n

Seminggu sebelumnya bertolak ke Medan, saya tukar dulu di Aeon Rawang sebanyak rp200,000 ak ade duit sterling pound sebanyak £20 lebih kurang rm120. And dapat rm1.60 balik sebab de dalam currency indon.
Selebihnya tukar di Indonesia dalam £50

Sesampai disana first thing ialah ke TOILET hehehe

So kami berjumpa dgn Pak Apri di tempat mengambil penumpang dan terus menuju ke Lake Toba !!

Sambung Pengalaman ke Medan part 2